Khamis, 31 Januari 2013

Erti Hidup.

 





Apa sesungguhnya erti hidup ini?
Bangun pagi, kadang sarapan kadang tidak
Pergi ke suatu tempat, belajar/bekerja
Pulang
Matahari terbenam
Istirehat
Pejamkan mata
Mimpikan mimpi
Tentang indah sebuah padang dipenuhi cahaya mentari


Apa yang kau cari dalam hidup ini?
Duit?
Kuasa?
Populariti?…atau hanya
Cinta?
Yang mana? Cinta sejati atau yang palsu?
Cinta yang ada dihati atau di bibir saja?


Apa yang kau ingin dari hidup ini?
Airmata mengalir sebab kau mendapat musibah
Atau ketika tawa berdekah dekah sebab kau mendapat anugerah terhebat
Apa yang hidup mampu berikan
Selain janji
Yang belum tentu dapat ditepati


Mengapa kau ingin hidup?
Bukankah tidur lebih baik jika kita terus didera hati gundah gelana?
Bukankah mati lebih baik jika jiwa raga telah tak berdaya?
Bukankah sembunyi lebih baik dari sekadar melangut di tepi tangga
Tepi jendela?


Hidup kita
Hakikatnya adalah sebatang kara
Tak ada yang lain hanya kau dan Dia
Semua datang dan pergi
Tak ada satu pun yang abadi
Kecuali Dia yang Maha Melihat


Hidup kita
sejatinya adalah pencarian tanpa henti
jauh ke dalam diri sendiri
hiraukan mata orang lain
abaikan pemikiran orang lain
tapi utamakan rahmat-Nya
sekalipun tak pernah tertukar
kerana benar


Hidup ini
adalah pencarian hakiki
makna dan fungsi diri sendiri
agar hasilnya dapat kita bawa pulang
sebagai laporan pada yang Maha Pengasih.
lalu bertanya aku pada diri sendiri…


Apakah benar ini diriku ya Rabb?
Apakah benar caraku mendefinisikan kefanaanku
Di hamparan suci bumi-MU
Apakah dosaku telah luruh
Dengan 5 kali menyelam dalam
Ke sungai kesucian?
Dengan rangkaian zikir dan salawat
Yang kadang lupa ku lafazkan


Apakah benar ini hatiku ya Kekasih?

Hanya satu saja yang ku rindukan
Lebih dari rindu matahari pada rembulan
yang membuat jantung ku nyaris gugur
Kerana kebas
Oleh rahsia
Oleh rasa ingin jumpa
Kekasih-MU
Satu-satunya Kekasih-Mu


Tolong aku wahai yang Maha Rindu
Izinkan bertemu walau sekejap
Agar kutahu wajah mulia kekasih-Mu itu
Agar dapat kusentuh tangannya yang mulia
Kerana dada ini sudah terlampau membara


Rindu ini
Rindu ini
Rindu ini
Rasa cinta ini
Rasa berdebar ini
Tak dapat ku tanggung lagi..


Dan akhirnya
Apakah erti hidup ini?
Selain mengukuhkan keabadian-Mu
Selain menghamba,
Selain merindu
Selain mengharap
Selain mencinta..


Maha Pengasih,
Akan mampu aku lewati hari ini
Yang suram mahu pun yang cerah
Yang gundah mahu pun yang indah..
Akan aku tanggung sendiri
Jika Engkau yang mengendalikan..
Jangan biarkan aku melangkah sendirian
Tanpa petunjuk Engkau,aku takkan berdiri di sini


Semua suruhan-Mu
Akan aku laksanakan
Dalam hidup yang singkat ini

Wahai Kekasih…
Sungguh jangan buat aku
Melupakan Engkau dan kekasih-Mu
Sungguh..
Jadikanlah mereka
Intan permata dan emas yang berkilauan
Namun tak melenakan
Yang mampu membuat bibir dan hatiku
Tak henti bersyukur pada-Mu
Yang membuat salawat selalu indah melingkar
Dalam berkat.


Sumber : Mira Uttika.

Selasa, 29 Januari 2013

::FARDHU SYAHADAH::

Alhamdulillahi wahdahu wassolatu wassalamu 'ala man la nabiyya ba'dah.


Adapun Fardhu Syahadah itu ada 2 perkara :

  1.  Iqrarkan dengan lidah
  2.  Tasdiqkan dengan hati.

Adapun Kesempurnaan Syahadah itu 4 perkara :

  1. Diketahui,
  2. Diiqrarkan,
  3. Ditasdiqkan,
  4. Diyaqinkan.

Adapun Rukun Syahadah itu 4 perkara :

  1. Mengithbatkan Zat Allah Ta'ala,
  2. Mengithbatkan Sifat Allah Ta'ala,
  3. Mengithbatkan Af'al Allah Ta'ala ertinya segala perbuatanNya,
  4. Mengithbatkan Kebesaran Rasulullah s.a.w.

Adapun Syarat Sah Syahadah itu 4 perkara :

  1. Diketahui,
  2. Diiqrarkan,
  3. Ditasdiqkan,
  4. Di 'Amalkan.

Adapun yang Membinasakan Syahadah itu 4 perkara :

  1. Menduakan Allah Ta'ala,
  2. Syak di dalam hatinya,
  3. Menyangkal dirinya dijadikan Allah Ta'ala,
  4. Tiada diithbatkan Zat Allah Ta'ala.

Adapun yang dinamakan Syahadah yaitu :

"Asyhadu an Laa ilaahaillAllah wa Asyhadu anna Muhammdar Rasulullah.."

Rabu, 23 Januari 2013

Testing 123(Bismillaah...)


 


Dengan nama Allah Yang Amat Pemurah lagi Amat Pengasihani.
 
" Setiap amalan yang tidak dimulai dengan bismillah maka kurang barokah.."~hadis